Posts

Showing posts from August, 2019

Ikan Bakar Ajee Pokpi

Image
via YouTube Sempena Hari Kemerdekaan ke 62 Malaysia kita..akak nak raikan dengan makan ikan bakar dekat Restoran Ajee Pokpi ni.. Ikan Bakar Ajee Pokpi 😋 Selain ikan bakar,sini pun ada sup belut yang sangat sedap jugak tau. So korang kalau datang manjung,lumut,sitiawan ni jangan lupa singgah sini tau.. #ikan #bakar #ajee #pokpi #merdeka #malaysia #62 #sup #belut

Durian Frozen Yummehh

Image
via YouTube Sedapnya lahaii durian kampung frozen ni. Durian ni bila banyak-banyak sampai tak termakan. Gugur pulak time kitorang belum dapat balik kampung. Jadi solutionnya mak simpanla durian-durian ni dalam peti sejuk beku,so memang boleh tahan lama sampai anak-anak dia yang jauh ni dapat balik.. Rasanya? Dah tentulah sedappp. Durian frozen ni kena defrost dulu,so dia akan jadi lembut semula.. sedapp..macam makan aiskrim gitew.. Haishh..cerita pasal durian ni tak boleh lah..terbau-bau gitu 😅 #durian #frozen #kampung #aiskrim

Ronda Kebun Kutip Durian

Image
via YouTube Balik kampung hari tu mak ajak ronda kebun tengok saki-baki durian. Maklumlah dah hujung musim kan Ronda Kebun Kutip Durian 😁 Masih ada la 3-4 biji durian yang masih gugur cumanya ada yang dah kena tebuk tupai. Sebab sedaplah tu Mata kena tajam sikit nak kutip durian ni sebabnya durian baru gugur ni selalu terselindung dalam daun-daun pokok. So kalau tak cari betul-betul rugila Naik motor dengan mak oo..power mak kita. Anak dia je yang fail naik motor dalam kebun 😅 #ronda #kebun #kutip #durian #musim #kampung #tupai #motor

Nasi Ayam Cincang Abewa Corner

Image
via YouTube Petang ni jom bagi review sikit nasi ayam cincang Abe Wa Corner. Petang ni, mak malas nak masak. Cik Abe bawak kita makan sini 😋 Bak kata ore Klate, sohor dah ayam cincang Abewa Corner ni kat Manjung.. So yang mana belum try, silalah mari. Haaa...kalau ada yang malas nak keluar tu, kome install aje Food Panda.. Mr Pink Panda akan hantarkan nasi ayam cincang padu ni dengan senyuman menawan sambil menyebut "food panda!" kat korang 😁 ****Pink Panda okeh, bukan Pink Panther! 😄 #nasi #ayam #cincang #abewa #corner #foodpanda

CG Fiber

Image
via YouTube Hari ni nak perkenalkan produk fiber terbaru di Farmasi Sitiawan CG Fiber CG Fiber produk yang dapat membantu memberi kelegaan kepada sistem penghadaman dan membantu mengatasi masalah sembelit. Juga mengandungi campuran kunyit dan aloe vera yang sangat membantu mereka yang menghidap gastrik beserta kandungan Carnitine yang membantu pembakaran lemak dalam badan. Rasa buah epal yang lazat,boleh diambil sehari sekali sebelum tidur setiap malam.. #cgfiber #hadam #sembelit #kunyit #aloevera #gastrik #carnitine #lemak #bakar #epal

Amad Tunjuk Terer Kupas Durian

Image
via YouTube Sebagai seorang penggemar tegar durian aka hantu durian,si Amad sedang mencuba untuk kopek sendiri durian tu Amad Tunjuk Terer Kupas Durian 😁 Durian tu kecik dan durian yang dah gugur semalam so kacang je sebenarnya. Dia pulak sampai terpusing-pusing nak kokak durian.. Kasi la can dia nak belajar.. nak makan durian punya pasal kan.. Haa dah dapat kopek tu,makan tak toleh dah kiri kanan 🤣 #kupas #durian

Jom Buat Tempoyak...

Image
via YouTube Proses buat tempoyak ni senang je sebenarnya tau korang. Apa yang perlu hanyalah ulas durian yang banyak, masa yang banyak dan sedikit garam sahaja.. Jom Buat Tempoyak...😁 Kenapa nak durian yang banyak? Yelah. Sebab nak dapatkan sebekas tempoyak kecil pun tak cukup tau kalau setakat sebiji dua durian 😅 Bila dah banyak,banyaklah masa nak kena spend untuk asingkan isi durian tu dari bijinya! Kita pulak buat cara manual,kena ada sikit kesabaran jugak lah ye! Orang tak sabar tak boleh buat tempoyak,nanti tempoyak nye tak jadi hahah.. Tempoyak ni biasanya dihasilkan dari isi durian yang kurang elok,ataupun durian yang dah sedikit masam.. Tapiii,akak punya tempoyak ni tak masam,manis je rasa dia. Sebabnya kita guna durian yang elok! Sebab durian pokok kita semua elok2..alhamdulillah.. Aihh..cerita pasal tempoyak,teringat pulak kat durian frozen mak kat kampung. Ada lagi tak ye? Kalau balik kampung lagi ni dapat melantak durian lagi ni..sebab durian yang difrozen ni,simpan be...

Durian Durian Durian!!!

Image
via YouTube Balik kampung kali ni memang dah hujung musim buah durian gugur..Durian Durian Durian!!! So nasib-nasib jela dapat makan durian fresh ni.. Durian belakang rumah akak kebanyakan saiznya kecil-kecil. Macam dalam video akak ni haaa...kira macam besar satu genggam gitu tapi isinya sedapp bak ang..😋 Jomla kita makan durian..tak cukup yang ni,durian frozen pun ada..mak dah simpankan untuk anak-anak dia ni yang jauh dan jarang dapat balik. Tak simpan karang takut pulak kempunan 😅 #durian #balik #kampung #muar #batupahat #johor #fresh #segar #frozen

CB Hills Cafe

Image
via YouTube CB Hills Cafe Pit Stop seterusnya selepas makan durian kat Gua Musang ialah CB Hills Cafe ni haa... Stop sini sebenarnya lebih kepada nak refresh dengan udara nyaman sipi-sipi Cameron sambil minum kopi..itupun dah cukup syiok ooo.. Nak makanan berat-berat memang tak adalah kat sini ye. Sekadar singgah minum kopi sebelum menyambung perjalanan seterusnya..jauh weyy bukan dekat.. Nasib je tak naik sampai Cameron cari ubi purple,teh n strawberry..kalau ikutkan hati memang nak je kita melencong ke atas tu ha.. Tapi driver rushing lain tempat pulak balik ni..so next time jelaa.. #cbhill #cafe #gua #musang #guamusang #cameron #highland #cameronhighland #kelantan #pahang #udara #segar #fresh #air

Durian Kampung Nyummm

Image
via YouTube Durian Kampung Nyummm Musim deghoyan ni mana-mana pergi jumpa deghoyan. Kalau tak makan memang dapat bau je laa.. So kita turun jugak laa singgah makan.. Durian kampung ni macam-macam versi ada. Selalu isinya putih tak macam musang king yang kuning. Sungguhpun putih,rasa dia sedapp..cukup manis dan yang sedap lagi tu bila ada rasa pahit-pahit sikit.. So korang kena la cuba jugakk... durian kampung hokeyyy...😋😋😋 #durian #kampung #gua #musang #guamusang #kelantan #klate

Durian Kampung Gua Musang

Image
via YouTube Durian Kampung Gua Musang Sepanjang perjalanan balik ke Manjung,banyak sangat jumpa gerai jual durian di kiri kanan jalan 😅 Aduhh mana tahann.. so memang rezeki kami sebelum naik bukit menghala Simlang Pulai cik Abe singgah satu gerai tepi jalan ni,sebab lepas gerai ni tak jumpa dah orang jual durian lagi! Amad ni memang peminat durian. Amina pulak kurang sikit. Kalau Amad berulas-ulas boleh masuk,Amina pulak seulas pun belum tentu habis 🤭 Akak,boleh gang dengan Amad. Hantu durian bila jumpa durian boleh makan tanpa henti.. percayalah!🤣🤣🤣 #durian #gerai #kampung #gua #musang #guamusang #kelantan #kelate #pasirputeh #manjung #perak

Makan Tepi Pantai Irama Bachok Kelantan

Image
via YouTube Makan Tepi Pantai Irama Bachok Kelantan. Bila balik Pasir Puteh selalunya memang akan cari pantai lah.. Tadi mula-mula dah pergi Pantai Tok Bali tapi tak jumpa kedai makan yang buka.. maklumlah raya kan.. So kami lajak ke Bachok cari Pantai Irama.. Pantai Irama ni memang selalunya meriah,banyak orang datang dan banyak jugak kedai makan yang buka.. Kat situ banyak gerai. Ada masakan panas,bebola,sotong dan udang goreng tepung,memang signature dish dorang lah kalau datang sini.. Makan sampai kekenyangan,tak habis makan tapau bawak balik pun ader.. 😁 #santai #pantai #irama #bachok #kelantan

Ucapan Hari Raya Dari Amad..

Image
via YouTube Ucapan Hari Raya Dari Amad.. Sempena hari raya korban ni Amad nak buat ucapan sikitlah.. Ehh raya klate sepupu belah klate je pulak yg disebut.. Amina macam biasalah,buat hal dia je. Suruh bagi ucapan tak mahu 😅 #ucapan #selamat #hari #raya #aidil #adha #hariraya #aidiladha #qurban #rayahaji #amad #kelate #qlate

Takbir Raya Aidil Adha 1440 Masjid Ibrahimi

Image
via YouTube Takbir Raya Aidil Adha 1440 Masjid Ibrahimi.. Salam Aidil Adha dari Masjid Ibrahimi.. Hari ini 11 Ogos 2019,bersamaan 10 Zulhijjah 1440.. Alhamdulillah dapat menunaikan Solat Sunat Aidil Adha di sini tahun ini.. Dengarlah..Alunan takbir #takbir #raya #aidil #adha #aidiladha #1440 #masjid #ibrahimi #solat #sunat

Pasar Bukit Bunga Jeli Kelantan

Image
via YouTube Bila hari dah gelap ni,mata pun dok nak terlelap-lelap aduhhh.. . Tiba-tiba boleh pulak cerah mata nampak lampu-lampu gerai tepi jalan ni 🤭 . Macam-macam kudap-kudap ada dekat gerai ni,selalunya datang dari Thailand lah. Dalam banyak-banyak asam,asam jawa plastik pintal la yang akak cari.. . Jadila buat cuci mata yang mengantuk ni haha.. . So jom..kita teruskan lagi perjalanan.. . Bismillah #pasar #gerai #bukitbunga #asamjawa #jeli #kelantan #dodol #teddybear #thailand #budu #visitmalaysia #jjcm #balikkampung #rayahaji #rayaqorban #rayakorban #ayerlanas #malaysia #keropoklekor #keropoklosong

Puncak Titiwangsa

Image
via YouTube Puncak Titiwangsa Kalau balik Pasir Puteh,selalunya akan melalui Gerik dan akan lalu Puncak Titiwangsa ni.. Best tau,kalau dah pening-pening lalat lalu jalan bukit yang bersimpang-siur tu,stop kat sini memang syoklahhh.. Udara nyaman je,lepak sambil ambil angin dan minum kopi fuhh..segar balik biji mata haha Tapi arini kami puasa,so singgah sekejap je lah,untuk solat(air paip sejuk jugak memang best!) dan shoot the video 😊 So korang bila ada peluang lalu sini,jangan lupa singgah tau. Antara kemudahan yang ada tandas, surau dan kedai makan. Haa oti dah lebih dari cukup kan untuk berehat lepaskan lelah perjalanan yang jauh... Ok sekarang dah turun bukit dan sampai Jeli. Tengah stop untuk buka puasa. Alhamdulillah 2 minit lagi bolehla kami berbuka.. Alhamdulillah.. Yayyy..esok raya! Salam Aidil Adha semua.....😍😍😍 #puncak #titiwangsa #pasirputeh #gerik #perak #kelantan #selamat #aidiladha #hariraya #raya #qurban

Follow Lembu Korban Salam Aidil Adha 1440

Image
via YouTube Raya Qorban Aidil Adha tahun 2019(1440H) ni kami sambut di Pasir Puteh Kelantan InsyaAllah. . Memulakan perjalanan sehari sebelum raya,terfollow pulak lori bawa lembu ni. Kemungkinan besar lembu yang bakal terkorban untuk raya kali ni. Agaknya korban untuk siapala tu ya.. 😊 . Semoga ibadah korban tuannya diterima,yang mengerjakan Haji dikurniakan haji yang mabrur dan semoga kami juga dapat menjadi tetamu Nya juga satu hari nanti..amin... . Selamat Hari Raya Aidil Adha Semua!!! #lembu #lembukorban #rayahaji #rayakorban #aidiladha1440 #hajimabrur #mekkah #mekah

Marina Island

Image
via YouTube Marina Island Malam minggu korang lepak mana tu? Kami kat sini, dekat je..dlm 10minit dari rumah.. Mr Popeye Cafe, betul-betul tepi jeti nak ke Pangkor di Marina Island. Orang lain tunggu feri kita pulak bersantai atas tikar kat sini..😄 Menu banyak western lah, so kami pilih kentang French dengan sup cendawan makan beramai-ramai..😆 Tempat ni sesuai lah untuk rehat-rehatkan minda.. Bersila atas tikar sambil hirup angin laut.. Best ooo So jom lah mai.. #marina #island #marinaisland #popeye #cafe #popeyecafe #pangkor #jetty #pangkorisland #ferry #santai #relax #angin #segar #freshair #weekend