Jom Buat Tempoyak...
via YouTube Proses buat tempoyak ni senang je sebenarnya tau korang. Apa yang perlu hanyalah ulas durian yang banyak, masa yang banyak dan sedikit garam sahaja.. Jom Buat Tempoyak...😁 Kenapa nak durian yang banyak? Yelah. Sebab nak dapatkan sebekas tempoyak kecil pun tak cukup tau kalau setakat sebiji dua durian 😅 Bila dah banyak,banyaklah masa nak kena spend untuk asingkan isi durian tu dari bijinya! Kita pulak buat cara manual,kena ada sikit kesabaran jugak lah ye! Orang tak sabar tak boleh buat tempoyak,nanti tempoyak nye tak jadi hahah.. Tempoyak ni biasanya dihasilkan dari isi durian yang kurang elok,ataupun durian yang dah sedikit masam.. Tapiii,akak punya tempoyak ni tak masam,manis je rasa dia. Sebabnya kita guna durian yang elok! Sebab durian pokok kita semua elok2..alhamdulillah.. Aihh..cerita pasal tempoyak,teringat pulak kat durian frozen mak kat kampung. Ada lagi tak ye? Kalau balik kampung lagi ni dapat melantak durian lagi ni..sebab durian yang difrozen ni,simpan berbulan2 pun rasa dia sedap lagi... tak caye,sila frozenkan durian yang ada tu 🤭😁 #tempoyak #durian #frozen #sejuk #beku #sejukbeku #kampung #melayu #parit #yusof #semerah #batu #pahat #johor #parityusof #batupahat
Comments
Post a Comment